Pada
5 April 2014, Sabtu, Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2014 telah diadakan
dengan jayanya bertempat di Dewan Usaha Murni SMK Dato Hj Kamaruddin, Kuala
Kubu Bharu.
Hari Anugerah Kecemerlangan diadakan
bertujuan bagi meraikan usaha gigih dan penat lelah murid-murid dan guru-guru
yang telah turut berusaha mengembleng tenaga meningkatkan pencapaian cemerlang
dalam bidang kokurikulum dan kurikulum.
Seawal jam 8.15 pagi, sesi pendaftaran telah dimulakan dan tetamu-tetamu jemputan yang hadir ditempatkan di dewan sambil dipertontonkan dengan persembahan multimedia.
Penerima
hadiah dan ibu bapa diundang menghadiri Hari Anugerah Kecemerlangan, Seramai 32 orang ibu bapa dan penjaga yang telah
turut sama meraikan kejayaan anak-anak mereka.
Seterusnya
pada jam 9.00 pagi, ketibaan tetamu kehormat merangkap perasmi majlis telah
hadir, dan majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mohd
Nasaruddin b. Mohd Ariff.
Seterusnya
ucapan pembukaan dimulakan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Dato Hj
Kamaruddin, En Kamsah bin Moktar.
Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan
kepada seluruh pihak yang telah berperanan aktif dalam membentuk kecemerlangan
murid. Kemudian, diikuti oleh ucapan
Yang Di Pertua PIBG, Pn Azlina bt Mokhtar dan ucapan perasmiaan oleh perasmi.
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Rosni bt Sohar, ADUN Hulu Bernam.
Sebaik
sahaja selesai perasmiaan, majlis diserikan dengan persembahan oleh murid-murid
dan seterusnya penyampaian hadiah dimulakan dengan penganugerahan kepada
panitia cemerlang.
Anugerah
Pencapaian Prestasi Cemerlang bagi SPM 2013 telah diterima oleh 8 panitia dan bagi PMR 2013 telah diterima oleh 3 panitia.
Selain itu juga, Anugerah Panitia kategori peningkatan peratus pencapaian turut
disampaikan bagi meraikan usaha yang dilakukan oleh guru-guru.
Kemudian,
majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi kategori peperiksaan
dalaman untuk murid-murid tingkatan peralihan, tingkatan satu, dua, dan empat.
Seterusnya, sekali lagi majlis dirancakkan dengan persembahan tarian oleh
murid-murid, dan acara kemuncaknya ialah penyampaian hadiah untuk murid-murid
yang cemerlang PMR dan SPM 2013. Seramai 5 orang murid cemerlang mendapat 8A
dalam PMR 2013, 3 orang mendapat 6A dan 12 orang mendapat 5A. Manakala seramai
10 orang murid menerima hadiah bagi kategori pencapaian cemerlang SPM 2013.
Alhamdulilah,
hasil kerjasama semua pihak sama ada sebelum majlis bermula, dan semasa majlis
malah selepas majlis sangat dihargai terutama kerjasama di antara Ahli Jawatankuasa
Pelaksana Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2014, pihak perasmi dan
semua yang terlibat, majlis berjaya dilaksanakan dengan lancar dan seperti yang
dirancangkan. Majlis bersurai pada jam 12.30 tengah hari.
No comments:
Post a Comment